Friday, 7 April 2017

Clean

Dulu aku pernah cakap
Aku akan bahagia bila tengok kau bahagia

Aku nak tengok kau bahagia
& itulah punca kebahagiaan aku

Tapi kenapa aku tak bahagia bila aku tahu yang kau dah bahagia
Kenapa aku rasa nafas aku tersekat bila aku nampak kau bahagia
Kenapa sakit tu sama je bila kau pamerkan kebahagiaan kau
Dan kau betul-betul bahagia sekarang

Aku rasa kecik sangat
Sebab aku takde masa kau bahagia

Aku rasa janggal sangat
Sebab kau bahagia tanpa aku

Aku nak selalu ada dengan kau, susah senang ribut taufan.

Kenapa kau boleh okay dengan semua ni?
Memang ni ke yang kau nak?

Setahun tu setahun yang sia-sia ke?
Kau memang lupa terus ke?
Kalau kau buat semua benda yang kita buat dulu dengan orang lain or sorang-sorang, kau okay ke?
Kau tak ingat aku ke?

...

Aku kot yang tak sudah menipu diri sendiri
Aku cakap yang aku dah okay
Aku declare yang aku okay
Tapi bila benda kat depan mata
Aku rasa hilang
Ada benda dalam aku yang hilang

& benda tu ada kat kau.
Aku tahu
& selama hari ni memang
Aku tahu

Aku hidup dalam penipuan sendiri
Harini baru aku dapat tahu

Aku tak okay
Harini baru aku sedar

Aku betul-betul nak rasa bahagia bila kau gembira.
& aku tahu aku perlu betul-betul melepaskan
Seikhlas hati, meredha sepenuh jiwa

Aku akan lepaskan genggaman yang sakit ni, lihat diri sendiri jatuh dalam gaung paling dalam paling gelap. Biar aku cari kepingan diri aku, biar aku susun matlamat hidup aku sorang-sorang.

Aku janji aku takkan berharap lagi. Aku janji mata aku tak berkaca lagi bila tengok kau bahagia.
Sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku betul-betul sayangkan kau.

No comments:

Post a Comment