Monday, 6 March 2017

(8)

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi yang indah & cahaya soft koko bertebaran di muka bumi Johor yang aman. Jiwa yang tenang dan bahagia, seperti baru tersedar dari mimpi yang indah. Angin pagi menderu halus, menyapa lembut kulit.

Aku pandang langit, aku bau rumput.

Entah emo pulak tiba-tiba. Tahniah kepada diri sendiri tahniah kepada semua sahabat dunia akhirat. Kita telah bersama-sama menjayakan GIF 1.O dengan baik dan hebat. Hubungan yang juga sememangnya indah dan bersemi tali ukhwah yang in shaa Allah kukuh.

Banyak yang aku belajar. Nak nangis kalau aku buat listing.

Bila orang jadikan kau option dalam ramai-ramai long list name dia, kau tahu yang kau kena pergi jalan kan? Mempergunakan aku tika perlukan bantuan. Memberi harapan bodo. Aku bersyukur sebab aku dah tahu, aku bersyukur yang kita tersempak malam tu, siapalah aku untuk berharap dan untuk memandang rasa dengan sepenuh jiwa.

Siapalah aku kira untuk menumpang kasih.

Tapi, Allah selit kemanisan di penghujung jalan yang baru bermula. Andai kau mengerti...

Hadiah istimewa yang walaubagaimanapun aku masih ragui. Pagi ni aku mcm lupa apa yang jadi malam semalam, perlahan-lahan macam hilang rasa, amirah pelupa. Sesungguhnya perancangan Allah tu sangatlah hebat & sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Setiap urat hati yang sakit, Dia belai dengan penuh tenang. Seperti hilang semua. Sungguh aku cinta.

Terima kasih orang hebat, terima kasih kenangan manis, terima kasih awak yang terus berjalan jauh dari saya, terima kasih kepada orang yang stop memilih saya, terima kasih rasa buih yang awak kasi yang pegang sekejap. Terima kasih sepenuh air di lautan, sepenuh cinta dalam jiwa.

Aku rasa seperti terbunuh. Lalu aku rasa semakin hidup. Perjuangan masih panjang & moga masih ada yang sayang.

Selamat jalan!

No comments:

Post a Comment