Saturday, 4 February 2017

(2)

Hai

Sang perindu yang tabah dan masih tegar menahan rasa, aku tahu kau sudah mengecap bahagia. Eee bestnya! Instead of being jealous, aku gembira. Sumpah!

Aku tenang melihat kau gembira & kau ada tempat utk meluahkan. Hari-hari aku, indah mana pun masih tak aman bila mengenang muka suram kau yang memang tak kena dengan suara ceria kau. Ke mana kau pergi, apa kau buat, aku still nampak awan suram bersama rintik-rintik halus yang meneduhi kau.

Aku dah lama tak jumpa kau, aku tak tahu apa gambaran yang aku dapat terjemah dari luaran indah kau hikhik. Emm boleh aku mengadu?

Aku maybbbbeee tersilap. Tapi aku tak menyesal, sbb kisah kita memang pendek je. Sebab sayang kau melepaskan & sebab sayang yang sama, aku teruskan langkah walaupun aku tahu dihadapan aku ada jurang. Aku tak patah balik carik kau masa aku tersedar, sbb aku rasa cerita kita mmg patut habis kat situ je. Aku tahu kau pun rasa macamtu kan? Bila aku ingat kita; aku boleh lupa kejap luka-luka ni sbb aku rasa macam aku dah selamatkan kau HAHAHA wek. Aku jaga kau mcm kau jaga aku; DULU.

Dah lebih setahun dah sejak kita 1st jumpa. Maybe kau dah tak rasa apa2 bila ternampak aku. Tapi takpe, its okay. Aku still ingat. Atas baaaaaaaaaaaaaaanyak sebab. & maybe sebab hati merasa bahagia. Hati bukan otak. Hati bukan mengingat, menghafal. Tapi dia terasa dengan kehadiran kau. Sejak mata aku terlihat kau & setiap kali mata aku melihat kau; detak hati ni ada irama yang tersendiri, so dia automatic teringat rasa tu. So bukanlah salah aku tau hahahaha.

Teruskan berbahagia & teruslah berjaya mencapai cita-citamu dunia akhirat. Maybe kat sini kita takde jodoh, tempat lain maybe ada hahahahhaha. Mungkin cinta kita abadi disana HAHAHAHHAHAHAHAHA.

Sebab kita tak tahu apa yang Dia rancangkan utk kita :)

No comments:

Post a Comment