Friday, 9 December 2016

Setiap Kali Aku Melihatmu



Kehadapan sayang (haha).

Awaklah kisah cinta saya yang rumit dan sangat aneh. Paling tak dijangka, paling saya tak pernah terfikir. Wow, daripada kenal masa i-fest dulu sampai harini, macam tak percaya kan? Saya lagi tak percaya kita berjaya sampai ke hari ini. Terima kasih awak, penyabar dan setia.

Sekarang awak dah lain. Awak dah tak bukak dah tab saya, tak mintak dah. Awak dah tak kisah. Awak tak cemburu pun. Ah memang lah bagus mcmtu, tp perubahan tu menunjukkan siapa awak. Awak dah tak kisah. Kan?
 
Saya banyak menyusahkan awak. Setiap masa, setiap hari, setiap malam. Saya selalu mintak benda bukan-bukan kat awak, nak makan tu nak makan ni, nak bear 1000cm la apalah. Saya selalu cakap benda bukan-bukan. Saya selalu sakitkan hati awak yakni bila awak buat silap apa2, mesti sy tegur direct. Saya selalu sound awak tajam2, saya selalu perli awak.

Awak?
Awak senyum je, awak gelak.

Sayang, saya tahu kadang-kadang awak hilang. Kasi masa utk diri sendiri, awak rimas eh? Saya lain eh daripada saya yang awak kenal mula2 dulu? Sorry awak. Awak selalu kata awak sayang saya sangat blahblahblah tapi saya tahu ada je benda yang awak tak cerita kat saya, ada je benda yang awak simpan sorang. Saya? Tahi hidung warna hijau pun sy bagitahu awak. Sayang, sayang…

Takut tau, awak sayang saya. Tapi awak tak honestly pilih saya pun . Macamana ni? Kan lagi senang kalau awak terus terang je cakap perkara sebenar daripada sibuk convince kan saya utk bertenang and percaya yang awak sayang saya? Saya tahu saya tak cantik, saya tahu perangai saya tak semegah, merajuk, marah-marah, sewel-sewel. Tak macam perempuan normal. Saya tahu saya selekeh, kalua weekend tu mmg repeat tudung sama je. Seluar sama je. Takde sense in fashion.

Gaya pun lame gila. Tak pandai bergaya cantik2. Tak pandai buat banyak benda sendiri. Mesti lain dgn perception awak masa awak mula-mula kenal saya dulu kan? Pada saat ni, adakah awak lihat saya saya still sama se-amazing dulu?


Saya tahu.
Tak. 

Kan?

Saya tak tahu kenapa awak masih berada dgn saya disini. Awak mesti malu nak mengaku saya ni gf awak kan. Saya huduh, saya tahu. Saya bising, saya tahu.

Saya memang tak boleh paksa awak pergi, sebab awak akan setia kat sini. Tapi saya sangat doubting on asas kesetiaan apa yang awak pakai. Saya nak awak jatuh cinta dengan apa yang saya buat, selekehnya saya, gilanya saya & segala kelemahan saya. Seperti saya setiap masa jatuh cinta dengan awak.

Tapi, saya tahu. Awak dah hilang rasa.
Awak rasa
Tawar.

Saya teringin nak rasa, duduk dekat dataran JB tu, tgk orang, tengok langit langit malam dengan awak dan having simply a deep conversation tanpa ada filter.

Maafkan saya sebab dulu saya tak jujur memilih awak. Sekarang, saya yang menagih perhatian awak. Maafkan saya, saya tak pernah matang. Suka cari gaduh dgn awak. Saya risau. Sebab awak dah tak pandang saya. Awak senang-senang memilih utk pergi dari saya.

Sayang, jujurlah dengan diri sendiri. Takpe kalau terputus di tgh jalan pun, asalkan tiada yang terluka. Saya takut nak bayang apa –apa tentang kita, sebab saya dah tak yakin dengan awak. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, pun takpe. Saya tak boleh paksa awak utk suka saya.


I love you.

No comments:

Post a Comment