Sunday, 29 November 2015

messedpost#3

Serabut sangat hari aku pagi ini. Habis volunteering program malam semalam, patut nak siapkan assignment and study untuk re-test. Tapi kepenatan telah membasahi diri aku, zzzzzzzzzzap bangun pagi pukul 7.30. Ohmyyyyyyy.

Ok memang hari ahad memang takde kelas tapi hari ni ada kelas ganti. Then, kelas dua jam tu ramai yang kena present so I was thinking that I need to vote for them just like how they cheered for me. Huu sayang classmate woi. So, I mandi semua but memang dah lambat just lantak i don't care, asalkan aku datang.

Dah keluar bilik, gaya sesempoi mungkin, malas sangat mungkin. Lalu Meranti, terus perut aku meraung minta diisi. Aku hampir pengsan di tempat kejadian. Alang-alang dah lambat, biar jelah lambat ye dok hoho. Aku pun sepantas kilat menyambar pinggan and amik nasi gowengg (lelz). Menikmati sarapan berasap ditemani gerimis pagi, peh woha gila.

Teringat post aku pasal dua malam tu, aku bangun pagi ni aku tekad nak mulakan hidup seperti sediakala. Cool and egois (apakah? haha).  Biarkan dia, semoga mati dibawa angin derita. Tinggalkan cerita, lepaskan hati lihatlah dia gembira.

Tiba-tiba ............

"I'm not your two-night-flings"

Suapanku terhenti (cliche). Aku mana ingat suara dia, mana cam sangat muka dia. Haaaaaa kau suka dia tapi kau tak cam dia. Legend betul perangai. Aku nak berpaling tapi aku takut ucapan tu bukan untuk aku. Tapi tu kan ayat blog aku semalam. Aku buntu hahahaha nak berpaling ke tak nak.

"Belakang"

Takleh fikir apa dah, automatik pusing belakang. Tapi separuh pandang aku terlihat susuk tubuh tinggi lampai. Aku tahuuuu....




"Just stay, will you?"
.
.
.

No comments:

Post a Comment