Sunday, 25 October 2015

Rasa yang kau kata biasa

Assalamualaikum.

Moga hati masih ada warna.
Moga jalan masih nampak pembahagi
Moga kau masih yang sama
Moga rasa masih belum pergi

Dalam dasar jiwa yang paling dalam
Satu tempat yang aku sendiri masih tak pasti
Jujur aku kata, aku masih tercari-cari
Siapa aku yang bersembunyi di sebalik tubuh

Pengkhianat
Kau dasar manusia pengkhianat paling hina
Hingga habis jaya, kau khianat diri sendiri
Tak penatkah hidup dalam pura-pura?

Wahai diri empunya hati
.
.
.
.
.
Tak salah, cintai diri sendiri

Penilaian mereka hanya aku gambarkan seperti assumption-manusia-yang-digabung-menjadi-cerita. Tambah sini sana buat penambah perasa.

Aku dah kata, zaman sekarang ramai manusia yang tak takut dosa.


No comments:

Post a Comment