Thursday, 22 October 2015

Kelana

Kau tengok bermacam jenis kebodohan. Kau lari jauh- jauh, lari dari kebodohan dunia. Jauh ribu mana kau lari, kau tetap di takuk yang sama. Kau tetap rasa perasaan yang sama. Nak tahu sebab apa? Sebab kau masih orang yang sama. Kau sibuk kisah pasal kebodohan orang lain, kau lupa tengok diri sendiri. Ahhh patutlaaah, kau juga sejenis kebodohan. Tanpa kau sendiri sedar. 

Dasar manusia

Hati kotor berkelana

Sudah aku khabarkan kepada diri aku sendiri untuk lepaskan semua rasa ini. Sudah aku beri amaran keras supaya usah peduli. Kau memang begitu, keras dan sakit. Jiwa kau memang sakit, tak payah susah payah jadi orang lain. Tak payah susah payah berkorban. 

Kau tak makan, tak sihat ada orang kisah? Ada orang nampak kau bila kau lalu? Kau ni betul betul makhluk hidup ke? Orang lain mungkin tak tahu, tapi kau sendiri tahu. Kau tengah berlawan monster dengan diri kau sendiri, takde orang perasan. Dorang ingat kau berfoya-foya dengan kehidupan. 

Sadis hidup kau. 

Kau tegup air, rasa bahang api volcano. Air green tea ais kot. Kau tengok orang pandang kau, macam pandang bahan jijik.

Persetankan mereka, kau tak perlu peduli.

No comments:

Post a Comment