Tuesday, 29 September 2015

Selamat hari lahir sang Aida

Assalamualaikum wawaaaaah (autohyper mood).

Aku dah upload few gambars this recently so this time I tolerated myself and proceed my appreciation post to Aida (again). Sikit-sikit Aida, banyak-banyak Aida. Sesungguhnya tiada yang lain selain Aida. Ecececeh, bodek suruh Aida lanje shawl hahahahahaha.

Dulu, pada angka hari dan bulan nilah, kau merengek-rengek keluar dari perut ibu kau sebagai seorang bayi. Generally, pada zahirnya itu je yang semua orang tahu. Tahukah kau atau sesiapa sesiapa sahaja di dalam bilik bersalin tu, yang seorang lagi khalifah hebat di muka bumi ini.

Kita lahir bukan saje-saje tanpa sebab. Malah, takde benda yang dicipta atau diatur oleh Allah secara kebetulan. Semuanya bersebab. Jadi, mehlah kita sama-sama mencari sebab kenapa kita hidup. Kenapa sampai harini kita masih bernafas? Kita semua dulu pernah kufur, banyak dosa tapi kenapa Allah tak matikan kita on the spot masa Dia murka?

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"- 51:56

Hidup sebagai pelajar, 19 tahun hidup dimomok-momok kan oleh masyarakat gila. Dorang beranggapan, seseorang itu dikira berjaya bila dia berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tinggi atau lagi mangkuk hayun, di peringkat tertinggi. Tinggi mana kemuncak ilmu yang boleh manusia capai? *marah diri sendiri

Bukankah ilmu Allah itu seperti luasnya lautan dan dalam berbanyak-banyak ilmu yang kita timba,lihat dan dengar hanya diumpamakan dengan tegukan burung gagak. Sebab tu tujuan kita hidup bukan Allah suruh kita belajar dan menjadi hebat hanya melalui pembelajaran formal/normal pada hari ini.

Menuntut ilmu itu tetap ibadah dan kewajipan tapi tujuan hidup itu apa? Hiduplah di atas muka bumi ini untuk menuju ke akhirat yang pasti. Kita hidup ni untuk mengumpul amal masuk ke syurga. Syurga itu destinasi bukan menara gading semata.

Ok hahahahahaha aku rasa macam bukan wish hahahahahahahahahahaha. Dahtu, dah lawa dah pandai dah besar, semoga nikmat 19 tahun hidup ni kau dah guna sebaik mungkin utk bekalan ke negeri akhirat.

Jadi anak yang baik, hamba Allah yg hebat, khalifah terbaik, pelajar yang berguna. Bila bangun pagi, start dengan senyuman untuk bangkitkan mood dan semangat. Tahniah, kau dah jadi kesayangan ramai. Aku pun nk join fanclub kau muahahaha.

Kau takyah hadap jantan-jantan sial manaaa tak payah hahahahahaha. Aku doakan kau berjumpa jodoh kau dalam keadaan, masa dan ketika yang paling sempurna utk kau mendirikan rumah tangga. Aku harap sangat, kita semua the gang berjumpa jodoh dalam suasana dan rasa yang diredhai Allah.

Waaaait aku masih lagi penyebar cinta di sana tu (hehe) tapi aku sangat aware yang semua manusia mahu rasa nikmat cinta yang sempurna. Sebab aku pun rasa camtu. Aku tak suka benda yg berlimit ni hahahahahaha.

Salam seribu kali cinta untuk perempuan indah penyejuk mata. Macih sebab masih rajin mendengar lalutan dan kata-kata kesat aku kepada org laaiiin hahahahahahaha. Aku sayang kau tau.

Moga kita terus berkasih demi keredhaaanNya. Moga ukhwah terus berkekalan dan berjumpa di syurga kelak.



Mmmmmuah assalamualaikum.
Selamat hari lahir.

No comments:

Post a Comment