Tuesday, 29 September 2015

Selamat hari lahir sang Aida

Assalamualaikum wawaaaaah (autohyper mood).

Aku dah upload few gambars this recently so this time I tolerated myself and proceed my appreciation post to Aida (again). Sikit-sikit Aida, banyak-banyak Aida. Sesungguhnya tiada yang lain selain Aida. Ecececeh, bodek suruh Aida lanje shawl hahahahahaha.

Dulu, pada angka hari dan bulan nilah, kau merengek-rengek keluar dari perut ibu kau sebagai seorang bayi. Generally, pada zahirnya itu je yang semua orang tahu. Tahukah kau atau sesiapa sesiapa sahaja di dalam bilik bersalin tu, yang seorang lagi khalifah hebat di muka bumi ini.

Kita lahir bukan saje-saje tanpa sebab. Malah, takde benda yang dicipta atau diatur oleh Allah secara kebetulan. Semuanya bersebab. Jadi, mehlah kita sama-sama mencari sebab kenapa kita hidup. Kenapa sampai harini kita masih bernafas? Kita semua dulu pernah kufur, banyak dosa tapi kenapa Allah tak matikan kita on the spot masa Dia murka?

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"- 51:56

Hidup sebagai pelajar, 19 tahun hidup dimomok-momok kan oleh masyarakat gila. Dorang beranggapan, seseorang itu dikira berjaya bila dia berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tinggi atau lagi mangkuk hayun, di peringkat tertinggi. Tinggi mana kemuncak ilmu yang boleh manusia capai? *marah diri sendiri

Bukankah ilmu Allah itu seperti luasnya lautan dan dalam berbanyak-banyak ilmu yang kita timba,lihat dan dengar hanya diumpamakan dengan tegukan burung gagak. Sebab tu tujuan kita hidup bukan Allah suruh kita belajar dan menjadi hebat hanya melalui pembelajaran formal/normal pada hari ini.

Menuntut ilmu itu tetap ibadah dan kewajipan tapi tujuan hidup itu apa? Hiduplah di atas muka bumi ini untuk menuju ke akhirat yang pasti. Kita hidup ni untuk mengumpul amal masuk ke syurga. Syurga itu destinasi bukan menara gading semata.

Ok hahahahahaha aku rasa macam bukan wish hahahahahahahahahahaha. Dahtu, dah lawa dah pandai dah besar, semoga nikmat 19 tahun hidup ni kau dah guna sebaik mungkin utk bekalan ke negeri akhirat.

Jadi anak yang baik, hamba Allah yg hebat, khalifah terbaik, pelajar yang berguna. Bila bangun pagi, start dengan senyuman untuk bangkitkan mood dan semangat. Tahniah, kau dah jadi kesayangan ramai. Aku pun nk join fanclub kau muahahaha.

Kau takyah hadap jantan-jantan sial manaaa tak payah hahahahahaha. Aku doakan kau berjumpa jodoh kau dalam keadaan, masa dan ketika yang paling sempurna utk kau mendirikan rumah tangga. Aku harap sangat, kita semua the gang berjumpa jodoh dalam suasana dan rasa yang diredhai Allah.

Waaaait aku masih lagi penyebar cinta di sana tu (hehe) tapi aku sangat aware yang semua manusia mahu rasa nikmat cinta yang sempurna. Sebab aku pun rasa camtu. Aku tak suka benda yg berlimit ni hahahahahaha.

Salam seribu kali cinta untuk perempuan indah penyejuk mata. Macih sebab masih rajin mendengar lalutan dan kata-kata kesat aku kepada org laaiiin hahahahahahaha. Aku sayang kau tau.

Moga kita terus berkasih demi keredhaaanNya. Moga ukhwah terus berkekalan dan berjumpa di syurga kelak.



Mmmmmuah assalamualaikum.
Selamat hari lahir.

Monday, 21 September 2015

Perkuburan Hati

Assalamualaikum. No hi go die.


Woaaah, rasa macam baru semalam aku update post sedih. Hari ni api aku mula marak.



Dahlah, aku malas nak cakap banyak. Tak guna pun kalau aku cakap, it won't change anything. In the end, aku jugak yang salah sebab buka ruang. Aku yang salah sebab terlalu berterus-terang. Setahu aku itu cool (haha). Tapi yelah they took it seriously. Cam sial.

Mehlah, kita sama-sama muhasabah diri. Tenangkan hati. Yang perempuan, cuba jangan terlalu menyibuk hal orang. Cubalahh, tolonglah jangan semak kat dalam kain orang lain. Dah tu jangan pandai-pandai nak arah hidup orang. Nak tentukan ini, nak tentukan itu. Kau ingat orang sekeliling kau ni binatang peliharaan kau?

Kenapalah perlu gelabah dengan hal orang lain? Terutama hal hati. Kau semua memang beratur nak jadi Tuhan ke? Memang rasa diri dah cukup tahu, dah cukup sempurna untuk jadi Tuhan? Hebatlah aturan kau untuk hidup orang lain.

Tadi masa lab, aku betul-betul takde mood. Serious, aku takde hati pun nak buat. Dahlah first lab.

Ok, kalau kau tahu pun tak payahlah nak cakap kat aku. Tak payah nak susah-susahkan diri kau menyempit dalam hal aku. Aku tak tahan betul ni, kang cukup tempoh memang aku ludah je muka sorang-sorang (macam berani).




Every of us has our own struggle, so don't act you always know everything.

Wednesday, 16 September 2015

16 September

Assalamualaikum. Hi.

Hemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm hahaha. It just funny how it happened in a way that JUST HAPPEN. Aku nampak dia pandang, macam nak cakap tapi dia tunduk balik. Dia nak ter-sebut dah tapi macam tak nak cakap. Dia dah aim, bila aku pandang, dia berpaling balik.

Serius aku cakap, aku macam aaaaaaaaaaa hahaha. It just a beautiful feeling. After some gloomy life I had, this incident has clicked my 'Refresh' button. Rasa segar macam lepas kena simbah dengan air lemon penuh dengan smashed ice. *nanges*

It's like a turnback. They looked at me like, 'seriouslyyy?'. Howwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwowwwww

Ok, let just say yang aku dah gila haha.

And yeah, btw it looks like I need a new phone (again). Plug gila bilik aku dah rosakkan dua phones with a powerbank. Laptop pun pelan-pelan dah sewel. Sound recorder nasib baik pernah charged sekali je kat sini. *again nangis*.



Bila bahagia je, kita lupa kat Allah kan? Lupa cintanya Allah pada kita. Tak makan semut pun. Mencintai Allah ni takde nak kena hafal-hafal formula teruks pun tapi payah sangat nak ingat. Formula fizik gelabah nak hafal.

Saturday, 5 September 2015

Kodaline- High Hopes

Assalamualaikum hi.

Well 'orientasi' dah habis so bersedia untuk belajar yang sesungguh-sungguhnya. Cakap pasal belajar, aku cuak dah. Jangan sampai aku tak boleh terima dahlah. Semoga Allah membuka pintu dan mata hati untuk melihat kebaikan di dalam setiap ujian. Moga pintu rahmat Allah masih terbuka luas.

Habis matriks memang aku luangkan fully masa di rumah dengan ibu, jadi memulakan hidup tanpa ibu di sini amaaaatlah payaaah hahahahaha. Dulu, kalau muka aku dah nampak macam nak keluar tanduk, ibulah yang pujuk. Terkadang bangun lewat, ibu tetap buat sarapan. Lahai HAHAHAHA. Orang cakap manusia macam aku ni lembik, tapi di sebalik ingatan kepada keluarga yang kadangkala sakit, aku sering temui kemanisan. Semoga aku terus begini, sentiasa mahu "menjadi anak" kpd ibu dan ayah.

Kenapa post kali ni bermadah-madah? Puncanya, aku hilang mood lagi hahaha. Takpelah, permulaan sentiasa menjadi proses yang menyakitkan. Yang pentingnya, aku kena stick kepada tujuan utama & niat aku. Orang sombong? Pergi mateylah wei. Aku tak hidup untuk puaskan hati semua orang, sesetengah orang mungkin yaa.

Terima kasih buat diri sendiri yang masih teguh walaupun bahu ini terkadang bergegar dengan hebat menahan himpitan masalah-masalah kehidupan. Terima kasih kepada masih diri kerana tidak larikan diri seperti dulu, kau akan kekal di sini. Di dalam kos ini. Perjalanan yang panjang ini kau bangun dengan tabah pada setiap pagi. Hidup memang satu perjuangan. Ia satu perjuangan hitam yang akan terpalit lumpur-lumpur kesedihan kepada kau hingga satu masa bila kau berjumpa manusia-manusia yang bersifat manusia, hingga kau mampu bangun pagi dengan secebis senyuman.

Tahniah kepada diri sendiri kerana mampu berterima kasih kepada diri sendiri.

Ingat, nak berjaya bukan mudah. Nak cipta nama bukan mudah. Terfaktab juga bukan mudah hahaha. Just follow the flow, merangkak pun tak kisah. Orang nak mengata, biarkan mereka hidup di dalam kezaliman diri mereka sendiri.Setiap bayi yang dilahirkan bukan untuk tujuan sia-sia, kita ini lahir bukan untuk jadi manusia biasa. Kita manusia yang lemah tapi kita tidak dicipta untuk menjadi paling lemah selemah-lemahnya.


Aku akan gapai ketiga-tiga nya sekali. Mungkin lebih, siapa tahu. Yang penting, untuk hidup dengan perasaan yang berperasaan.Dengan cara itu, manusia itu akan mampu "hidup" dengan penuh penghayatan kehidupan. Impian, harapan, semangat, kesedihan, kesakitan, kejatuhan; rasakan semua.

Allah SWT juga telah berfirman;

"Dan sungguh, akan kami berikan cubaan kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan "innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan dan mereka itulah yang mendapat petunjuk"

(Al Baqarah :155-158)

Pergh wahahaha lolz je aii.

(Happy Birthday my super great woman, Ibu. I will love you more and more as time ticked. I will do anything just for youu)

Wednesday, 2 September 2015

#utmawesome

Assalamualaikum hi.

Harini akak dah 3rd day kat UTM. (Baru masuk u dah panggil diri sendiri 'akak'). So of the far which is far away *gila, alhamdulillah takdelah teruks bangets. Cuma yes, I don't really make friends. Why?

For those who know me, they sure to know my lack in social skill. An introvert in distress. *nanges jap.

So I'm not really happy yet and memanglah I'm still adapting this new kind of life. I've got a lot to share, but I'm still too busy huahua. Orientation tak habis lagi so for now byeee.

.