Friday, 14 August 2015

You know it's you

Assalamualaikum.

.

When I was asked to describe/say something about someone, I know I'll do it suck. Almost all the time. So, aku cadangkan sepanjang kau baca warkah merapik aku ni, dengar lagu If You- Big Bang. (HAHAHAHA SORRY AH WEH, AKU TAK TAHU NAK TULIS APA).

I'm going to start this lame-ly beautiful friend. As I don't know what might be happen tomorrow, aku mati ke, kau mati ke, aku sakit ke kau hilang ke. Satu je aku nak kau tahu, betapa beruntungnya manusia puaka macam aku dapat jadi kawan kau. As we're growing up, we get diverse into such wide range. Distance suck, believe me. They stop, they limit things.

Kita jadi rapat masa hujung-hujung sekolah, which I need to say it's a little to late. But who care about past. I know you always here in present, masih rajin mendengar segala luahan dan makian aku.  Terima kasih aku ucapkan, aku takkan pernah mampu membalas segala kebaikan yang kau buat. You growing up fast, beautiful and wise, I'm proud. I hope once we jadi besar yang betul-betul adult (HAHA apa ni), I still meet the same you. You know, we human do astray, people change. May Allah sentiasa menjaga kau.

In a few-belas hari, we gonna live a new life. Ok memanglah kita pernah mula sesuatu yang baru dalam hidup kita, but I believe yang kali ni it's gonna be something else. Empat tahun kau akan kenal kawan lain, kongsi kehidupan dengan orang lain. Which maybe you don't really need my help anymore; nak belajar sama-sama ke, belikan makanan ke, teman pergi atm ke apa ke. Tak, tak payah emosional dulu hahahaha :'(

Empat tahun tu lama dan akan meninggalkan kesan dalam hidup kau, aku cuma nak bagitahu tak salah sekali sekala pusing ke belakang. Melihat-lihat kenangan yang kau pernah ada dulu, kesakitan yang kau pernah rasa dulu. Supaya kau tak tenggelam dalam arus masa sampai satu masa nanti kau hilang rasa. Sampai satu masa nanti, kita takde benda nak dibualkan.

Apa rasa pengalaman pertama jatuh cinta? Sampai korang berdua tak bagitahu aku pun. Aku rasa aku ada cakap pasal ni masa korang mula-mula kenal. Aku ada bagitahu kau pasal pandangan aku tentang hala tuju perhubungan tu. Aku tahu memang takkan kemana. Macamana aku tahu? Aku sedar aku bukan Tuhan, aku pemerhati tapi most of the time aku tak boleh buat apa-apa. Siapa aku nak menghalang niat orang, jadi aku biarkan? Allah mahu kau belajar. Takdir itu, hanya di situ buat masa ini. Semoga kau terus kuat, perempuan hebat.

Cinta itu aneh bukan? Membutakan mata, mentulikan telinga. Keajaibannya yang terlalu menakutkan, hingga aku sendiri tak mampu melangkah ke dalam jurang kesakitan yang aku akan cipta sendiri. Dan kau masuk ke dalam jurang itu, lalu perlahan-lahan jiwa kau mati. Puas aku berhujah tentang hati mati. Seronok bukan rasanya? Soulless. Seperti sangkar yang meliputi keseluruhan jasad kau hanya untuk berkabung demi kesedihan yang tak berkesudahan.

Aku masih ingat, malam-malam yang kau seperti hilang nafas dan daya kekuatan. Takde siapa yang datang bilik aku pada waktu-waktu seperti itu tanpa 'appoinment', lantas aku tahu itu kau. Melihatkan wajah kau yang keletihan dan sarat dengan emosi, jiwa aku terbunuh sedikit demi sedikit. Aku sepatutnya mencegah dari awal, but things happened, happened. Aku tahu kau letih sangat dan kadangkala aku tiada apa untuk menenangkan kau. Maaf, aku masih manusia tak berguna. Moga aku berubah.

Paling aku tak pernah lupa, bila aku jumpakan dia dengan kau. Sebenarnya aku malas nak ingat, malas nak rasa serba salah.Tapi aku tahu itu memang salah aku. Kau menangis lagi masa tu .......

Lepas ni kalau kau terluka, aku tiada untuk marah kau. Mungkin kalau kau masih tak awkward, kau akan Whatsapp aku. Aku pula sentiasa sibuk akan reply sepuluh hari kemudian hahaha. Aku gurau je. Tapi kalau kau still tak krik-krik dengan aku, silalah Whatsapp hahaha.

Di tempat baru, aku harap ia merupakan satu permulaan yang baik dan segar untuk kau. Selamat berjumpa dengan orang yang lebih baik from aku dan kami semua. Selamat memulakan kisah baru yang paaaaaaaaaanjaaang. Deal with every drama dengan steady, okay? Jangan sangkutkan diri kau pada pagar kesilapan lalu seperti ikan yang sengaja berenang masuk ke dalam jaring. Manusia ini lumrahnya mengkhianati dan sering menjatuhkan, jumpa orang macam tu ludah je kat muka dia hahaha. Taklah, kau jadi jelah pari-pari baik. Sesuai dengan kau.

I know someday, my name will be unfamiliar within your lips. I just wish you the best.

Satu hari nanti, bila kau berdiri di bawah langit biru yang terang dan cerah, kau lihat burung berterbangan ,awan warna putih yang nampak sedap untuk di makan, kau pakai jubah graduasi bersama segulung ijazah, ingat kau dulu pernah ada aku.


No comments:

Post a Comment