Sunday, 23 August 2015

Menjadi manusia

Assalamualaikum hi.

Eh kenapa bagi salam dalam blog? Skema doe.

Entah, ada few post yang aku terjah je tapi bila dah publish rasa tak sedap sebab tak bagi salam. Then, takut terbiasa sebelum mula conversation tanpa didahului dengan salam (yaaa ustazah miraah).

Kali ni aku mengejek orang, boleh? Ada aku kisah kalau tak boleh? Kali ni super duper muper booster emotional? Period? Tak, belum lagi.

Minggu-minggu kebelakangan ni, ada seorang perempuan ni dia sangat stress. Settlekan urusan masuk U. Campur tolak darab bahagi dengan masalah keluarga dan sebagainya, dia hanya mampu pejam mata yang hakikatnya masih celik. Realiti kehidupan, memang aneh.

Urusan kemasukan U kali ini, 70% adalah dari usahanya yang tak seberapa itu (tak termasuk aspek kewangan). Wang bukan masalah utama dia, tetapi dia masih menjaga pembelanjaan. Bapanya hanya mengeluarkan wang beriban-riban untuk yuran pendaftaran dan segala barang-barang mak nenek, dia pula bertungkus-lumus tak tenang siang malam memikirkan dokumen kemasukan universitinya, daripada urusan online hingga cetakan.

Bapanya seperti tidak faham-faham akan pengorbanan anaknya. (Okay, kat sini ada misconception antara cerita dan realiti. Pengorbanan itu sendiri sesuatu yang abstrak yang manusia nampak tapi takkkan pernah faham, sampai mampos. Pengorbanan itu zahir dari keikhlasan dan kasih sayang eyeeek geli kbye). Dia tak tahu pun anak dia masuk universiti no-2 terbaik Malaysia, berhempas pulas di Matrikulasi dan memenuhkan list UPU dengan jurusan-jurusan yang tidak diminatinya hanya kerana memuaskan hati orang tuanya?

Betapa anaknya itu, percaya pada kepentingan dan hikmah berkat ibu bapa. Betapa dia mengharapkan redha dan gembiranya hati ibu bapa apabila melihat dia mengikut apa yang mereka mahukan. Dia ketepikan minatnya yang mendalam dalam bidang pelancongan, bahasa, masakan dan bisnes dannnn masuk ke dalam bidang susah hanya supaya ibu bapanya berasa bangga dengannya. Lihat betapa dengkinya dunia dengan perempuan malang ini.

Pernah ada sesiapa terfikir untuk berada di tempat perempuan ini, memaksa diri memahami benda yang tiada dalam wishlistnya.

Daripada minat dalam bidang sastera, dia paksa diri untuk telan fakta sains.



DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANN KEMUNCAKNYA, dia ada ramai kawaaaan yang takde untuk dia, bila dia perlukan. Lalu teringat kawan-kawan se-praktikumnya di matrik, mereka sentiasa ada apabila diperlukan. Akhir-akhir ni aku perati, perempuan ni kuat mengungkit. Aku menyampah gila.


Padan muka dia, kan?

Sekian, salam penuh kemanusiaan.




(Semoga masih ada kasih sayang antara kita)

No comments:

Post a Comment