Thursday, 29 November 2012

Perpisahan

Walaupun saya belum jelas,
Tapi saya dah faham,
Tingkah laku awak mengelirukan malam tadi
It's okay, saya kuat.

Saya cakap awak jahat,
Then saya mintak maaf,
Saya nak tahu apa sebenarnya yang berlaku,
Awak jawab iya awak jahat,
Sebab apa?
Sebab awak permainkan perasaan saya.

Saya ingatkan hanya sementara episod ni,
Rupanya buat selamanya.

Saya redha,
Saya yakin dengan takdir Allah SWT,
Dapat mengenali awak pun saya sangat gembira,
I'm dying to know your name,
Walaupun saya tahu lepas ni saya takkan berpeluang nak tegur awak,
Watak saya pula akan mati perlahan-lahan dari hidup awak.
Pergi mati bye XD
Hihi

Sila jaga diri
Jangan kerja berlebihan, awak bukan badang
Saya takkan pandang awak lagi
Adik awak kata takde apa sebenarnya
Mujur saya gagahkan diri bertanya
Akhirnya awak jujur juga

Sumpah saya tak sangka

Bila teringat permulaan cerita
Iya semuanya sangat sempurna
Awak beriya mahukan saya :p
Saya tak tipu saya gembira
Lama woo saya bersendiri
Nasib baik taw dah padam text awak
Jadi, takdelah saya baca lah mengenang lah lalala~

Esok pagi saya mesti lupakan awak laju-laju
Saya tak larat nak tanya kenapa mengapa
Awak kata kita jadi kawan macam kawan
Maaf, saya tak sanggup

Kalau dulu masa zikir, mata saya hanya tertancap pada awak
Lepas saya janji, saya tidak lagi,
Tahun depan saya nak SPM
Saya kena lupakan semua ini

Saya akan hadap semua ini dengan senyuman InsyaAllah
Awaklah ustaz saya forebbber and always
Mungkin kita terlalu muda ahhh,
Saya yang terlalu muda hehe
Dan mungkin bukan jodoh kita ^^


[sumber]

Saya pun tak faham kenapa saya over sangat ni haaa
Urghhh,
Haha, awak takdelah handsome mana, takdelah power mana,
Sebab awak ustaz,
Tapi kesederhanaan awak and keustazan awak buat saya melting
Tapi saya masih beriman
*senyum kambing*
Seperti awak yang perlukan masa
Walaupun pergi tanpa kata dan sebab
Saya juga bersyukur kerana saya juga memerlukan masa
Jadi transformer bukan sebab awak tentunya hihi

Inilah masa kita cuba berubah dari kejahilan kepada kebaikan
Kuasa Allah swt itu hebat
Takdir Allah swt itu sempurna
Mungkin ini jalan sakit yang Tuhan beri untuk laluan Hidayah-Nya
Saya sedih tapi sangaaaat gembira.

Kita memang takde kenangan bersama
Kita kan cool hehe
Jauhkan diri dari saya
Jangan pandang saya lagi
Biarkan saya begini
Dada saya berkencang tahu tak
Nafas agak sesak
Alhamdulillah

Tapi saya akan jumpa awak nanti
Ada sesuatu yang perlu saya tahu
Adakah selama ini apa yang dibicarakan, apa yang dilakukan hanyalah lakonan semata?
Biar benar awak ni ?
Adakah selama ni hati awak ikhlas menyayangi saya?
Saya perlukan jawapan ini dan saya takkan tanya apa-apa lagi.

Saya jiwang sikit kali ni okayyy
Ewwwwww hahaha.
Saya perlukan tempat untuk meluahkan rasa
Walaupun mungkin sampai mati awak takkan baca

Betul, saya yakin dengan takdir Allah swt
Everything happen for a reason

Awak pergilah dari hidup saya pada masa ini, saya okay jee haha. Dijemput datang semula lagi 8 tahun dan masuk meminang saya tawwww hahaha. Saya bergurau haha.

Saya gembira dengan perkenalan kita
Saya tunggu awak tapi saya takkan terhegeh-hegeh
Saya tunggu awak tapi saya takkan hubungi awak
Saya nak jadi manusia beriman
Manusia yang tahu bersabar

Sepenuh kudrat, Selamat Tinggal

With love,
Ree's

#np Cinta Terakhir-Aiman

feetnote: apa ? putus, hotak hang. excuse me makcik, tiada tali zahir ataupun batin yang mengikat kami okay. Phewww.

No comments:

Post a Comment