Friday, 26 May 2017

Kau Pergi


Life is like 'we're doing great but "poofff" & everything is gone'.

Analogy;

Sepasang husband-wife yang masih muda, tiada masalah rumahtangga rumit, hidupnya senang, mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun. Umur 3 tahun, lincah, petah dan pelat ketika berbicara; almaklumlah masih di peringkat umur baru pandai bercakap.

Tanpa perlu deskripsi mendalam, aku boleh bayangkan keluarga yang saling menyayangi dan tinggi nilainya pada zaman perpecahan ni.

Long story short; pada satu petang yang indah, daun-daun maple berguguran, daffodil di perbukitan kembang mekar kekuningan. Sinar matahari yang memancar terang dan cerah. Langit biru diselangi tompokan awan marshmellow putih gebu. Segala yang kuning, terang kuningnya, segala yang biru, damai birunya dan segala yang hijau, segar hijaunya.

Indah. Sukar aku paksa-gambarkan keindahan yang aku lihat dari mata, anugerah dari pencipta untuk aku terjemah dalam sastera dan bahasa. Petang itu, si suami menghantar isteri dan anaknya di rumah sahabat isterinya untuk parti hari jadi. Suami pulang ke rumah semula, mengemas bilik-bilik dan dapur; tanpa diketahui mengapa. Terasa hendak buat. Tiba-tiba mahu beri hadiah kepada isteri tersayang.

Ditaburnya kelopak ros putih di atas katil bersama satu warkah cinta. Diselitnya gambar pernikahan. Tergambar satu kepuasan di wajah. Mungkin setelah lama asyik sibuk dengan kerja, harini biar dia tebus segala rindu dan kasih buat si isteri. Setelah mendapat panggilan telefon dari isteri, si suami bergegas ke kereta untuk mengambil isterinya. Jaraknya hanya lah dalam 10 minit sahaja tapi kereta dipandu cermat, biar lambat asalkan segalanya selamat. Dapatlah nanti berjumpa cinta hati.

Sampai sudah si suami ke tempat yang mahu dituju, kelihatan anak dan isteri sedang melambai-lambai dengan senyuman. Isterinya melepaskan si anak dari dukungan, mahu bersalaman dengan tuan rumah dan tetamu yang ada sebelum beredar. Dia mahu pulang cepat, kembali ke pangkuan suami. Anaknya sudah jauh dari pandangan mata, dia terleka.

Si anak yang masih kecil, tidak memahami, tidak mengetahui. Adrenalinnya mengalir laju, terlalu gembira melihat ayahnya berada di hadapan matanya. Dia tidak sabar mahu menyeberang jalan, mahu hilangkan rindu yang bersarang walaupun seketika. Anak kecil.

Dia menoleh ke belakang melihat ibunya sudah mahu beredar, dia mahu sampai ke pangkuan ayahnya dahulu. Dia terus berlari dengan langkah kecilnya tetapi laju menyeberang jalan tanpa melihat kiri dan kanan;

"Sayang, kalau nak lintas jalan, ayah pesan apa?"
"Pandang kiri satu kali, dua kali, pandang kanan satu kali, dua kali"

Dari kiri, kelihatan sebuah kereta Alphard warna hitam melulu laju ke arah sang anak. Si ayah yang tadi tersenyum lebar membuka pintu kereta menyambut dakapan anak gadisnya terus pucat, terasa darah seperti tidak mengalir. Dia terus berlari ke arah anaknya dan menariknya ke dalam pelukannya; dia tahu dia tidak akan sempat untuk mengelak dari kereta tersebut, dia juga tahu dia tidak punya masa yang cukup untuk menolak anaknya ketepi.

Terus, sang ayah dirempuh dari belakang sambil memeluk erat anak perempuannya, yang tidak mengetahui apa-apa. Bunyi hon yang sangat kuat, bergema di taman perumahan tersebut, kendengaran suara jiran-jiran berdekatan menjerit kengerian. Darah terhambur di atas jalan tar, gelap warnanya, pekat. Kedua-dua mati di tempat kejadian.

Si isteri yang terkejut menoleh ke belakang, seakan tidak percaya. Dia terus meraung.
.........................................................


Si isteri menyesali tindakannya yang terleka.
Si suami menyesali tindakannya yang lambat untuk menyelamatkan si anak.
Si suami menyesali tindakannya yang membuatkan isterinya yang tercinta kini tinggal keseorangan, kesedihan, kesunyian, kehilangan anak dan suami.
"Aku tahu, kemungkinan yang sangat besar aku tak dapat selamatkan Amanda, tapi aku tetap berlari ke arahnya. Andai saja, aku tidak lari pasti aku dapat bersama isteriku, menenangkan hatinya yang sedih menggila kerana kehilangan anak kesayangannya"

Apa jua penyesalan tiada gunanya lagi, aku sangat percaya orang pada nafas terakhirnya ada satu "last-thought". Yang pergi tetap pergi. Yang hidup perlu terus hidup. Hidup sememangnya satu perjuangan.

Aku memandang kehidupan dengan sudut yang begini. Kerana kompleks untuk aku faham "apa yang orang akan buat bila sesuatu waktu tu sampai". Kadang-kadang kita dah buat yang terbaik, segala-galanya perfect tapi bila benda tu dah jadi, ia tetap dah pun jadi.

Kita tak mampu berbuat apa lagi, selain redha.
Sebab yang pergi akan tetap pergi, tak kembali.
Waktu yang beredar takkan dapat dikembali.
Kenangan dan memori jadi pengubat rindu di hati.

Al-Fatihah buat diri sendiri, salam ramadhan Kareem.

Monday, 22 May 2017

Hello!

As I was scrolling twitter just now, there is one quote yg wow

"A woman can't change a man because she loves him, but a man can change himself because he loves her"- Gentleman

Entahlah, i am not reminiscing on those past of mine but to think that how crazy am i rasa mcm i boleh ubah someone dulu, how berusahanya cari idea and jalan to change him so that he could get better in every way; is a big wowow.

But, he just did not want. He ignored. Because he doesn't love me enough as I do.

Padahal itu semua untuk dia jugak, bukan orang lain. If breakup pun, advantages is still all yours. What is there to lose?

Effort? Sometimes it ridiculous but logically he just never be in love and that is why. Culture shock i must say.

Today, God give me someone who unconditionally want to change himself tanpa perlu paksa, tanpa perlu big fuss. I am so blessed. I am so blessed and thankful for having this one man yang i think really LOVES .... He think in so many aspect, he think of himself, his life and at last he think of me. It just beautiful, as it is.

I don't know what to expect in future, things might can change in few milliseconds. I can lose him anytime and everywhere but I hope we can do this better. We learnt a lot just to get all the way here. May this will be the last stop that we have in each of our love story.

Thankyou orang disana! But I AM HUNGRY RN! Stop la kejap buat report huaaaa.

Wednesday, 10 May 2017

Pelangi yang kau kejar

Hi imissyou my blog huuuu.

Banyakkkk benda nak cerita sebab takut lupa, takut hilang rasa. Tapi takpe, tu boleh nanti update kat wixx.

Cuma few highlights;

Takpe. Berdoa, berusaha dan bersabar. Sabar tu kena paling baaaaaaaaaanyak.

Lepas tu, tak susah pun nak buat aku blah dari hidup anyone. Kau boleh tolak banyak-banyak and aku still gagah berdiri kat depan kau. Tapi, sekali je kau layan aku macam sampah, tu dah cukup. Sangat cukup untuk aku sedar siapa aku and bawak diri aku ke tempat pelupusan sampah, okay?

Jangan marah. Always jadi air yang menyejukkan semua oraaaaaaaaaaang.

Sayang diri sendiri banyak-banyak walaupun bunyi mcm impossible. Ok memang impossible pun tapi ah takpelah.

Betapa hidup ni banyak rahsia yang diri kita sendiri tak boleh rungkai, tak boleh faham. Sayang hidup, sayang. Hidup tapi rasa mati. Banyaknya perkara yang aku missed-out tapi takpe perlahan merangkak ke dalam komuniti sosial, oh gembira.

Sejenis struggle yang orang lain takkan faham & takkan cuba faham. Segala tenaga dan aura positif semua dah habis, ditelan oksigen-oksigen yang aku cilok masuk dalam paru-paru. I'm left with nothing. Segala optimist energy dah habis, dah takde. Aku tinggal kosong. Ditinggal kosong.

Motivasi jatuh bergolek-golek. Sepi. Bantuan sokongan dah habis. Tinggal lagi aku. Sorang. What an everything-goes-wrong semester. Dahla kena tinggal tanpa reason kukuh, pastu kena tinggal demi kena tinggal. Eh watak apa ni, dah la orang tak suka, problematic as ever, careless,tak boleh stop jadi loser ke amirah? -amirahygbermasalah